Tuesday, 18 December 2018

i-MiTS Mahu Budayakan UMII

SHARE
Ustaz Kamaruzaman Abdullah.
KEMAMAN, 18 Disember - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i- MiTS) mengambil pendekatan dan usaha melalui pelbagai segmen bagi mencernakan pelaksanaan budaya ubudiyah, mas'uliah, itqan dan islah (UMII) kepada rakyat negeri Terengganu.

Pengarahnya, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, ianya penting untuk difokuskan kerana merupakan asas pembentukan hati.

“Jadi, antara fokus yang terkandung dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 adalah untuk menambah baik kualiti rakyat supaya berpaksikan kepada agama dan merealisasikan Terengganu maju, berkat dan sejahtera,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Bengkel Strategik dan Perancangan berkait portfolio Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan di Darul Iman Training Centre (DITC) semalam.


Katanya, tugas yang sangat besar harus dijayakan oleh semua pihak.

"Kita terdiri daripada pelbagai latar belakang mewakili watak korporat, agensi kerajaan, kakitangan kerajaan, mahasiswa mahupun orang kampung biasa.

“Dalam tempoh lima tahun ini, kita akan terus membina kemajuan insya-Allah. Kita perlu lipat gandakan usaha tersebut,” tambahnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: