Oleh: Nizam at-Takiri
KUALA TERENGGANU,
31 September- Hotel adalah salah satu petanda kemajuan sesebuah negara atau
negeri yang memberi manfaat kepada musafir.
Ahli Parlimen Kuala
Nerus, Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, antara dua buah kerajaan
yang besar pada zaman dahulu yang namanya Saba’ dan Syam, terdapat ‘highway’
yang menghubungkan dua kerajaan ini iaitu perkampungan-perkampungan sepanjang
perjalananan pergi dan balik.
"Wujudnya
tempat-tempat persinggahan sepanjang jalan dan wujudnya Khanat iaitu tempat persinggahan
bagi musafir (Hotel)," ujarnya.
Beliau berkata
demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Paya Bunga Hotel Terengganu yang
disempurnakan Menteri Besar, Dr Ahmad samsuri Mokhtar di Camellia Grand
Ballroom, Paya Bunga Hotel Terengganu, semalam.
Paya Bunga Hotel
Terengganu mempunyai 208 bilik, kolam renang, gymnasium, dan berada di
tengah-tengah bandar Kuala Terengganu yang amat sesuai dijadikan pilihan utama
kepada para musafir dan pelancong-pelancong asing.
0 komen: