Monday, 31 December 2018

Gunting Rambut Percuma Fenomena Cuti Sekolah

SHARE

Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT, 31 Disember - Program Gunting Rambut Percuma menjadi fenomena musim cuti sekolah termasuk di Kawasan Parlimen Besut.

Serentak itu Penyelaras Parlimen itu Ustaz Dr.Riduan Mohamad Nor menganjurkan program tersebut bertempat di kedai Abe Zie Hair Studio, Kampung Alor Belanga di sini bagi kemudahan pelajar dan penduduk setempat mendapatkan khidmat percuma tersebut.

"Alhamdulillah,di kesempatan yang ada, teruslah berkhidmat dan jadikan negara kita negara berkebajikan.

"Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) telah melaksanakannya, kita tetap terus berbakti untuk masyarakat," jelasnya lagi.

Orang kampung turut membantu bagi menjayakan usaha tersebut dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama masyarakat.

Lebih dari 20 orang pelajar mendapatkan khidmat itu sempena cuti sekolah ini.


SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: