Saturday, 8 December 2018

Guan Eng Minta Haji Amzad Tulis Surat

SHARE

Haji Ahmad Amzad (kiri) ketika menyampaikan hadiah kepada pelajar PASTI di Kuala Terengganu baru-baru ini. 
KUALA LUMPUR,  8 Disember - Menteri Kewangan Lim Guan Eng meminta Ahli Parlimen Kuala Terengganu,  Haji Ahmad Amzad Hashim menulis surat dipercayai untuk penjelasan dan tuntutan bayaran pendahuluan pembiayaan Lebuh Raya Pantai Timur 2 ( LPT2).

Ia melibatkan sejumlah RM1.85 Bilion wang dana khas milik Terengganu yang sehingga kini sebanyak RM1.45 Bilion belum dipulangkan. 

Haji Ahmad Amzad berkata, sebahagian pernah dibayar sebanyak RM118 juta dalam bentuk naik taraf jalan Awana Kijal, Kemaman. 

"Isunya jalan itupun adalah milik persekutuan yang memang sudah menjadi tanggungjawab persekutuan," jelas beliau. 

Haji Ahmad berkata demikian di status facebooknya,  menjelaskan soal jawab soalan lisan beliau untuk dijawab oleh menteri berkenaan dalam Persidangan Dewan Rakyat kelmarin. 

Katanya, sebanyak RM300 juta dijanjikan untuk Rumah Mampu Milik termasuk sebanyak RM100 juta telah dibelanjakan berbaki RM200 jut lagi memerlukan komitmen persekutuan agar diteruskan. 

"Itu pun saya akan mendapat kepastian agar ia bukanlah peruntukan yang sama untuk perumahan rakyat yang sememangnya diperuntukkan kepada setiap negeri kerana ia sepatutnya sebahagian skim pembayaran semula wang dana khas milik Terengganu yg dibelanjakan untuk LPT2," jelas beliau lagi. 

Menurut Haji Ahmad Amzad, tiada negeri lain tolong bayarkan untuk pembinaan lebuhraya milik persekutuan seperti di Terengganu dalam projek LPT2 dalam jumlah mencapai angka billion ringgit.

Dalam soalannya beliau menegaskan pembayaran dalam bentuk projek mesti untuk senarai projek negeri yg menjadi milik negeri. 

Haji Ahmad Amzad meminta kepastian agar kerajaan persekutuan di bawah Pakatan Harap (PH) menjelaskan sama ada kerajaan itu akan meneruskan amalan terdahulu di Terengganu yang tenyata merugikan negeri itu dan tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan dengan jelas senarai milik negeri dan senarai milik persekutuan. 

Katanya, Menteri Kewangan itu tidak bersedia untuk menjawab soalan tersebut dan meminta saya menulis surat kepadanya dan beliau telah berjanji akan menjawabnya secara bertulis.

Di Dewan Rakyat kelmarin,  Haji Ahmad Amzad telah mengambil peluang di atas soalan tambahannya berkenaan jumlah pendahuluan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri negeri untuk membangkitkan isu pembiayaan Projek LPT2 yg menelan belanja lebih RM5 Billion. 

Katanya, seperti masih tertera pada satu artikel di Laman Sesawang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2015, Bekas Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri ketika itu Ir Rosli Othman menyifatkan projek LPT2 tersebut unik kerana ia satu satunya Lebuhraya milik persekutuan di Malaysia yang mana satu pertiga dari pembiayaannya oleh Kerajaan Terengganu. 

SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: