Monday, 17 December 2018

Dr SAM Memikat Hati Semua Pihak

SHARE
Dr SAM (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Dato' Seri Mukhriz (kanan) sebelum mesyuarat bermula.


APA YANG MEREKA BINCANGKAN?... Gambar-gambar ini adalah reaksi spontan beberapa orang pemimpin dari beberapa buah negeri sebelum Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-74 di Bangunan Utama Parlimen, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mereka ialah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr SAM),  Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan, Haji Ahmad Yakob dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Mahathir.

Dr Ahmad Samsuri tidak menjadikan unsur kepartian menghalangnya untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi kebaikan negeri Terengganu.

Yang penting, permasalahan negeri dan penyelesaiannya perlu diutamakan lebih dari yang lain.

Ustaz Dato' Bentara Kanan, Haji Ahmad (kiri) menyatakan sesuatu  kepada Dr SAM.
Justeru, beliau boleh dan bersedia berbincang dengan siapa sahaja bagi memastikan matlamat menjadikan negeri Terengganu terus maju, berkat dan sejahtera dapat dilaksanakan.

Tidak ada reaksi curiga diwajahnya ketika berdepan dengan sesiapa sahaja sama ada rakyat biasa ataupun pemimpin negara.

Dr Ahmad Samsuri fokus terhadap isu yang timbul dalam mana-mana pertemuan dengan mereka sehingga penyelesaian terbaik dapat dicapai.

Dr SAM (kanan) bermesra dengan Ustaz Ahmad dalam pertemuan di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pendek kata pendekatan beliau memimpin negeri memikat hati semua pihak dan mendorong sesiapa sahaja memberi kerjasama terbaik untuk kepentingan rakyat dan negeri Terengganu tercinta.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: