Monday, 10 December 2018

Dr Ahmad Samsuri Yang Kami Kenali

SHARE
Dr Ahmad Samsuri (tengah) kepimpinan teknokrat masa depan negara.
KUALA TERENGGANU,  10 Disember - "Dia cukup terasa dengan permasalahan rakyat,  sensitif terhadap isu dan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik demi Islam dan umatnya."

Demikian perwatakan sedia ada kepada Menteri Besar Terengganu,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sepanjang kariernya dalam politik dan pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinannya.

Dr Ahmad Samsuri sensitif terhadap isu negara dan ummah hadir ke Dataran Merdeka sertai Himpunan Bantah ICERD.
Walaupun beliau baru menggalas tugas sebagai Menteri Besar dalam masa tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu namun kepimpinannya begitu terserlah dan meyakinkan.

Isu ummah seperti bantahan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)  mendorong beliau hadir ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur kelmarin, bersama kepimpinan PAS, UMNO dan NGO dari seluruh negara bagi melahirkan rasa syukur terhadap keputusan kerajaan tidak meneruskannya.

Dr Ahmad Samsuri terus melangkah bersama rakyat dan ummah, cuba cari penyelesaian terbaik untuk mereka.
Sikap berterus terang, mendengar keluhan rakyat dan mencari jalan penyelesaian terbaik adalah sikapnya.

Apa lagi dengan panduan dasar negeri iaitu Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang menjadi model polisi dan pentabiran negeri jangka masa panjang antara lain menekankan prinsip pengasingan fungsi antara badan politik dan kuasa ekonomi. Terengganu dipacunya untuk mencapai apa yang dicita-citakan rakyat iaitu Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.

Menemui dan menemani rakyat di mana sahaja mereka berada.
Dr Ahmad Samsuri satu nama baru lambang kepimpinan teknokrat yang akan melakar bumi Terengganu dan Malaysia dengan wajah baru, bertenaga dan bertamadun di masa akan datang.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: