Thursday, 13 December 2018

Cikgu Alias Rungkai Kekusutan Ibu Hidap Kanser Limfoma

SHARE

Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 13 Disember - Kekusutan seorang pesakit kanser limfoma memikirkan kos pembiayaan untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Putrajaya, akhirnya terungkai apabiladibantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Haji Alias Harun.

Pesakit berkenaan, Nor Atikah Abdul Kadir, 27, dari Kampung Tok Kah, Rantau Abang, mula mengesan penyakit berkenaan sejak enam bulan lalu perlu merujuk kes berkenaan untuk pemeriksaan lanjut  di Hospital Putrajaya pada 14 Disember ini.

"Saya  ke Hospital Putrajaya untuk buat 'pap scan' untuk nak tahu sampai ke mana dah kanser tu merebak.

" Saya jumpa cikgu (Cikgu Alias) di rumah dia pada Jumaat lepas, dia tolong buat permohonan Tabung Darul Iman, tapi untuk nak segera tidak boleh lagi.  Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam bulan dua nanti, baru boleh. MAIDAM (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) pulok, dua minggu lagi," kata ibu yang memiliki dua anak kecil itu lagi.

Dia dihubungi di rumahnya di sini semalam, selepas berjumpa dengan Alias Harun di Pejabat Institut  i-MiTS DUN Rantau Abang di sini.


Atikah bersama anak-anaknya.


Suaminya, Aswadi Mohd, 36, hanya bekerja mengambil upah mengait kelapa sawit tidak mampu menanggung kos tersebut apatah lagi pada musim hujan yang menghalangnya untuk bekerja seperti biasa.

"Jadi tadi adalah cikgu beri melalui ustaz (Ustaz Wan Hassan menerusi pegawai khas Parlimen), dapatlah menampung perbelanjaan untuk ke Putrajaya.

"Saya disahkan kanser pada bulan tujuh lepas, sebelum ni doktor kata tiroid, masa buat pembedahan nak buang tu, doktor bagitau kanser," katanya.

Dia yang sebelum ini, terpaksa berulang alik sama ada Hospital Kemaman atau Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk mendapat rawatan susulan penyakit itu.

" Tadi (hasil pemeriksaan di Hospital Kuantan pada 10 Disember ), doktor bagitau ada darah beku kat tengkuk dan celah kelangkang, jadi 24 Disember ini kena gi Kuantan pula untuk buat `follow up'," katanya lagi .
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: