Saturday, 1 December 2018

Cabaran Bentuk Minda Usahawan Muda

SHARE
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA LUMPUR, 1 Disember - Dalam membentuk minda usahawan di kalangan rakyat Malaysia, banyak cabaran dan halangan yang harus didepani dan diatasi.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, mentaliti sebahagian rakyat hanya mahu bekerja dengan orang lain, bukan mahu menjadi seorang usahawan.

“Kita berhadapan dengan minda rakyat seumpama ini dalam usaha melahirkan masyarakat yang berminat menjadi usahawan.

“Hal ini menyebabkan ada anak-anak daripada muda lagi mempunyai pemikiran sebegitu hingga semangat mahu menjadi usahawan tiada," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa Sidang Parlimen yang berlangsung di Dewan Rakyat, kelmarin.

Khairuddin mengajukan pertanyaan kepada pihak Kementerian Pembangunan Usahawan di Parlimen tentang pendidikan awal untuk bakal usahawan bermula dari zaman sekolah lagi.

Baginya, perkara tersebut sangat penting bagi melahirkan rakyat yang minat kepada bidang usahawan.

“Walaupun mereka mungkin tidak berjaya dari sudut akademik untuk masuk ke universiti, walaupun dengan hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jika ada minat, mereka berpeluang untuk menjadi usahawan berjaya," tegasnya lagi.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: