Monday, 17 December 2018

Besut Jadi Hab Rujukan Ilmuwan Islam

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 16 Disember - Daerah ini mampu menjadi hab perkongsian ilmu agama dan sumber rujukan ilmuwan Islam negeri.

Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr Riduan Mohd Nor berkata, sejak dahulu lagi, daerah itu menjadi tumpuan dan kunjungan ramai umat Islam dari dalam dan luar Terengganu serta negara jiran untuk menuntut ilmu.


"Terdapat banyak pondok-pondok seperti Pondok Bukit Puteri, Pondok Haji Wan Latif dan banyak lagi yang sangat dikenali di negeri ini.

"Peredaran masa juga menyebabkan banyak pondok pengajian baru diwujudkan sama ada oleh orang perseorangan dan juga oleh kerajaan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah di Medan Ilmu Jerteh, di sini, kelmarin.

Dr Riduan berkata, ramai di kalangan alim ulama yang hebat pernah menuntut ilmu agama di Besut termasuklah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah belajar agama di Pondok Jerteh suatu ketika dahulu.

"Saya menyeru kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di setiap kampung supaya berusaha untuk menghidupkan kembali majlis-majlis ilmu di kampung masing-masing.

"Orang Besut sepatutnya bijak mengambil peluang untuk belajar ilmu agama di masjid dan surau yang menjemput ustaz-ustaz, tokoh dan pemimpin agama yang bertauliah untuk mengajar,"katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: