Friday, 21 December 2018

MPKK Pengkalan Arang Sepakat Bersih Kubur

SHARE

Oleh: Safwan Syakir

KUALA NERUS, 21 Disember - Agama Islam sangat menuntut umatnya agar menjaga kebersihan samada kepada diri, keluarga, masyarakat mahupun alam sekitar.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pengkalan Arang, Mohd Khairusan Musa berkata, amalan gotong-royong merupakan salah satu amalan menjaga kebersihan dalam sebuah komuniti.

“Aktiviti ini akan dijadikan sebagai program bulanan kita dan ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim antara seluruh penduduk kampung yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas selesai aktiviti gotong-royong membersih kawasan kubur Kampung Pengkalan Arang.


MPKK Pengkalan Arang turut menyerahkan sumbangan berupa peralatan iaitu mesin rumput untuk kegunaan orang ramai membersihkan kawasan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Kampung Pengkalan Arang, Haji Che Wan Taqwa Che Wan Abu Bakar berkata, aktiviti ini selari dengan slogan Kerajaan Terengganu yang mahukan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera.

“Saya menyeru kepada semua penduduk kampung ini khususnya agar sama-sama kita kembali kepada agama dengan menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak masjid,” ujarnya.


Hadir sama, Pengerusi MPKK Pak Katak, Mohd Jailani Mamat dan penduduk kampung setempat.

Tambah beliau, antara pengisian majlis ilmu tersebut adalah mengenai akidah, fekah, dan pengenalan tasawwuf selain daripada kelas fardhu ain untuk kanak-kanak yang dijadualkan setiap minggu pada hari Sabtu.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: