Tuesday, 4 December 2018

Baucer Barangan Sekolah Cipta Kelainan

SHARE
Muhammad Fahmi Kamaruddin
Oleh:Nooreni Abu Bakar.

DUNGUN 3 Disember- Keprihatinan kerajaan negeri terbukti apabila mengambil pendekatan mengubah corak agihan bantuan awal persekolahan 2019 dalam bentuk baucer barangan  bagi memastikan matlamat penyaluran dana itu tercapai.

Penyelia Institut Modal Insan(i-MiTS)Dewan Undangan Negeri ( DUN) Rantau Abang, Muhammad Fahmi Kamaruddin berkata, ia merupakan satu kelainan daripada kerajaan terdahulu yang menggunakan baucer tunai untuk bantuan ini.

“Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional memberi RM100 baucer tebus tunai dan hanya dapat menebusnya untuk sepasang uniform sekolah sahaja  tetapi kali ini penerimanya dengan baucer nilaian sama dan mendapat enam atau lima barangan.

"Kalau budak lelaki dapat lima barangan selain baju, seluar, kasut, stoking dan beg sekolah manakala budak perempuan enam barangan tambahan tudung," katanya.

Fahmi berkata demikian ketika  ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)ketika  Agihan Bantuan Persekolahan DUN Rantau Abang di Dewan Darul Ansor di sini, semalam.


Lebih  5000 penerima yang layak mendapat mendapat bantuan tersebut di DUN Rantau Abang bagi tahun ini.

Katanya lagi, barangan yang boleh ditebus mempunyai jenama dan tahan lama.

"Barangan juga, bukan 'cap ayam ', uniform sekolah barang berjenama, begitu juga kasut sekolah, maknanya boleh tahan lama.

"Kita agih secara berperingkat-peringkat mengikut Majlis pengurusan Komuniti Kampung(MPKK), bermula hari ini sehingga hari Ahad minggu depan,”kata Fahmi.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: