Ir Saiful Azmi Suhaili menyembur air pili bomba kepada kanak-kanak sebelum berkhatan. |
Oleh: Ahmad Syahid Adnan
KEMAMAN 6 Disember – Seramai 61 kanak-kanak
lelaki diraikan dalam Majlis Khatan Perdana Beramai-ramai Peringkat Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kemasik di di Balai Raya Rumah Murah Kemasik, di sini
hari ini.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa
Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Ir Saiful Azmi
Suhaili berkata program ini merupakan program sulung dianjurkan oleh Pejabat
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Institut Modal Insan Terengganu
Sejahtera (i-MiTS) Kemasik dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung
(MPKK) Rumah Murah Kemasik.
“Program khatan merupakan salah satu
program terbesar di kampung-kampung pada suatu ketika dahulu dan saya berharap
agar dapat menghidupkan kembali peristiwa tersebut.
"Dalam masa program sebegini dapat
menyatukan masyarakat, kita juga dapat menjadikan satu peristiwa manis yang
dapat dikenang terutamanya kepada anak-anak kita," katanya ketika
merasmikan Program Khatan Perdana DUN Kemasik.
Hadir sama, Jawatankuasa MPKK Rumah Murah
Kemasik, Pekan Kemasik serta Pasukan Bomba Kerteh.
Katanya, majlis seperti ini mendapat
sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat setempat khususnya ibu bapa
kerana membantu meringankan beban yang perlu ditanggung oleh mereka.
0 komen: