Saturday, 15 December 2018

50 Orang Asli Terima Bantuan Persekolahan

SHARE


Oleh: Shahril Aswad

HULU TERENGGANU, 14 Disember - Seramai 50 orang Asli di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong merupakan antara 410 orang penerima pada hari kedua agihan Bantuan Awal Persekolahan 2019 peringkat DUN Telemong, di sini.

Mereka merupakan penduduk Kampung Sungai Berua dan Kampung Tapah di Mukim Jenagor.

Pegawai Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu berkata, bantuan itu merupakan komitmen kerajaan negeri bagi meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan sebagai persiapan musim baru persekolahan.


“Keprihatinan kerajaan negeri menerusi skim bantuan ini adalah untuk meringankan beban rakyat khususnya untuk persiapan persekolahan.

“Kita layan rakyat dengan adil, kita tidak akan sisihkan orang Asli dan sumbangan daripada agensi kerajaan  akan diteruskan untuk membantu penduduk etnik ini di sini menjalani kehidupan yang lebih selesa  seperti rakyat lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2019 DUN Telemong di Dewan Sivik Kampung Kuala Pueh baru-baru ini (11 Disember).

Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Telemong, Ustaz Yusuf Abdullah dan Pegawai Jawatankuasa Kebajikan Orang Asli (JKOA) Sungai Berua, Ghazali Ngah.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: