Monday, 3 December 2018

440 Pelajar Cemerlang Ditaja Sejak 2010

SHARE
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Kerajaan Negeri  menaja seramai 440 pelajar cemerlang ke luar negara sejak 2010 dengan penajaan ke Rusia paling ramai berjumlah 219 orang.


Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pada tahun 2010, seramai 56 orang pelajar telah dihantar ke Rusia, tahun 2011 (69), manakala tahun 2012dan 2013 masing-masing seramai 47 orang.

Katanya, mulai tahun 2014 hingga tahun ini, tiada pelajar di hantar untuk belajar di Rusia.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Haji Hilmi Harun dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu ke 14 di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.

ADUN Manir itu ingin tahu bilangan pelajar cemerlang yang telah ditaja oleh Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2010 dan destinasi institusi pengajian mereka.

Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, di Mesir kerajaan telah menaja seramai 127 orang pelajar termasuk 61 orang, tahun 2010, tahun 2011 dan 2012 masing-masing seramai 19 orang, tahun 2013 (24) dan tahun 2014 (empat).

"Tiada penajaan pelajar ke Mesir dibuat mulai tahun 2015 hingga tahun ini," jelas beliau.

Sementara itu seramai 82 orang pelajar di hantar ke United Kingdom mulai 2010 sehingga tahun ini.

Ini termasuk tujuh orang pada tahun 2010, 21 orang (2011), 17 orang (2012), tujuh orang (2013), dua orang (2014), 15 orang (2015), lapan orang (2016), seorang (2017)dan empat orang (2018).

Kerajaan katanya, menghantar seramai 76 pelajar ke Jordan termasuk 28 orang pada tahun 2012, 22 orang (2013), 15 (2014) dan 11 (2015).

Menurut beliau tiada penghantaran pelajar ke negara itu pada tahun 2010, 2011, 2016, 2017 dan 2018.

Sementara ke Indonesia, kerajaan menghantar seramai 60 orang pelajar termasuk 29 orang pada tahun 2015, enam orang (2011), lima orang (2012), seorang pelajar (2013) dan empat orang (2014) manakala tahun-tahun lain tiada penajaan pelajar dibuat.

Sementara ke Jerman pula kata beliau, seramai 17 pelajar telah dihantar termasuk masing-masing lima orang pada tahun 2014 dan 2017, empat orang (2015) dan tiga orang (2016) manakala tahun-tahun lain tiada penajaan dibuat.

Ke magribi pula, jelas beliau kerajaan menghantar lima orang pelajar termasuk empat orang pada tahun 2012 dan seorang (2014), manakala tahun-tahun lain tiada penajaan dibuat.

Sementara ke Amerika Syarikat, kerajaan menghantar dua orang pelajar pada tahun 2010 manakala tahun-tahun lain tiada penajaan dibuat.

"Hanya seorang sahaja pelajar dihantar masing-masing ke Australia pada tahun 2011, Jepun (2012) dan Perancis (2010)," jelasnya.

Katanya, mengikut kadar tahunan pula kerajaan menghantar seramai 127 orang pelajar pada tahun 2010, 116 orang (2011), 121 orang (2012), 98 orang (2013), 31 orang (2014), 59 orang (2015), 26 orang (2016), enam orang (2017) dan empat orang (2018).
SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: