Tuesday, 18 December 2018

3,772 Anak-Anak DUN Jerteh Ceria

SHARE
Ustaz Azhar menyampaikan beg sekolah ekpada seorang pelajar sekolah rendah dalam majlis pengagihan yang dijalankan di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh, semalam.

Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT, 17 Disember - Seramai 3,772 pelajar sekolah rendah dan menengah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh ceria apabila turut tersenarai sebagai penerima bantuan pakaian sekolah di seluruh Terengganu bagi sesi baharu 2019.

Pengagihan kepada penerima bantuan itu dilaksanakan menerusi Pusat Khidmat DUN dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dijalankan sepanjang empat hari, berakhir semalam.


Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, semua penerima bantuan pakaian sekolah antara mereka yang mendapat manfaat daripada inisiatif kerajaan bagi menjaga kebajikan dan memberi kesejahteraan kepada rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan.

"Bagi pihak penerima bantuan ini, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kepimpinan  negeri terutamanya Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang meneruskan dana bantuan persekolahan kepada rakyat.

"Pastinya ini suatu yang menggembirakan semua terutama anak-anak yang mahu belajar dengan semangat dan iltizam yang baharu pada awal tahun sesi 2019 nanti,"katanya.

Beliau berucap ketika mengadakan tinjauan pengagihan bantuan itu, di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh, di sini, semalam.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: