Monday, 17 December 2018

20 Mangsa Banjir Berpindah Di Pemaisuri

SHARE


Oleh: Dzakaria Mohd Salleh

BESUT, 17 Disember- Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri menjadi DUN kedua selepas Langkap yang kini dilanda banjir memaksa kepada pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sehingga jam 12.30 tengah hari ini laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat JPBD APM Daerah Setiu seramai 20 mangsa membabitkan 4 keluarga   ditempatkan di tiga PPS dan Bilik Gerakan Bencana Daerah telahpun diaktifkan pada 9.30 pagi tadi.


PPS yang dibuka setakat ini melibatkan Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuloh, Balai Raya Taman Hijrah dan Sekolah Kebangsaan Telaga Papan.

Mangsa adalah tiga lelaki dewasa, tiga lelaki perempuan, lima kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan.

Sementara itu Pengarah Khidmat Setiu, Mohd Nor Hamid telah pun mengeluarkan arahan kepada semua jawatankuasa banjir Setiu untuk panggilan bantuqn kecemasan pada bila-bila masa.

Berkaitan Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shahatizukirnain Abd Kadir dijangka akan meninjau kawasan banjir dan PPS petang ini bersama Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri Ustaz Zul Bhari serta sukarelawan parti termasuk Unit Amal.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: