Sunday, 2 December 2018

12 Ribu Peluang Pekerjaan di Terengganu

SHARE
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
KUALA TERENGGANU, 2 Disember - Kerajaan Negeri menyediakan sebanyak 12,000 peluang pekerjaan dalam empat sektor termasuk industri kimia, pertanian, polimer dan silika bagi mengatasi masalah pengangguran di Terengganu sehingga Jun tahun depan.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, berdasarkan Survey Tenaga Buruh (STB) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di Terengganu adalah 4.5 peratus pada tahun lalu.

Menurutnya, bagi mengatasi masalah tersebut, kerajaan negeri komited dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan.

Ini termasuk menyediakan 800 peluang pekerjaaan masing-masing dalam industri kimia (Produk Bioteknologi) sebanyak 600 peluang manakala dalam industri pertanian (Jagung Hybrid) sebanyak 200 peluang.

Katanya, kedua-dua industri berkenaan telah beroperasi dan mendapat sambutan yang baik.
Industri Silika menyediakan 7,200 peluang pekerjaan di Terengganu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Haji Ridzuan Hashim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu ke 14 di Wisma Darul Iman, di sini, baru-baru ini.

Haji Ridzuan dalam soalannya ingin tahu kadar terkini pengangguran di Terengganu dan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri bagi mengatasinya.

Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, sebanyak 11,200 peluang pekerjaan lagi dijangka dapat disediakan sehingga Jun tahun depan kerana dua industri termasuk Polimer (Sarung Tangan NBR (Nitrile Butadine Rubber) dan Silika (Produk Berasaskan Silika) masih dalam perancangan.

Katanya, Industri Polimer dijangka akan menyediakan sebanyak 4,000 peluang pekerjaan manakala Silika pula (7,200), masing-masing akan mula beroperasi mulai Januari dan Jun tahun depan.
SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: