Wednesday, 19 December 2018

1,000 Mangsa Banjir Terima Bantuan

SHARE
 Haji Ahmad Amzad Hashim menyampaikan bantuan makanan kepada salah seorang mangsa banjir

Oleh: Syed Kamal

KUALA TERENGGANU 17 Disember –Hampir 1000 mangsa banjir sekitar kawasan Kuala Terengganu di sini yang terlibat dalam banjir kilat menerima sumbangan makanan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim khusus kepada penduduk yang  berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana mengalami banjir akibat hujan lebat yang direkodkan melanda beberapa stesen di sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus, dua hari lepas.

Ahmad Amzad Hashim berkata, pihaknya mengagihkan kira-kira 1000 beg bantuan yang berisi bahan mentah kepada semua keluarga mangsa banjir terbabit bagi meringankan beban yang dihadapi mereka.

“Antara kandungannya ialah beras 5 kilogram (kg), minyak masak 2 kg, tepung gandum, gula, maggi dan biskut yang merupakan makanan asas.

"1000 itu jumlah keseluruhan, yang kami sempat agihkan hari ini dalam 100 beg, ada 900 beg yang perlu diagihkan lagi. Jika tidak mencukupi Insha Allah, saya akan usahakan penambahan lagi demi kemudahan mangsa-mangsa banjir", ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)ketika ditemui  di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan(SK) Chendering, semalam.


Menurutnya, kejadian banjir kilat yang berlaku pada Isnin lalu, di luar jangkaan pihaknya dan menyebabkan beberapa taman perumahan terjejas.

"Pemberian bantuan ini bukan saja sebagai usaha menyantuni penduduk yang menghadapi masalah akibat bencana alam tetapi juga bagi membantu kerajaan meringankan bebanan yang dihadapi rakyat.

“Semua mangsa gembira ketika agihan bantuan tadi dan ada yang datang memeluk saya sebagai tanda berterima kasih,”katanya.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: