Thursday, 29 November 2018

YPUT Sedia RM2 juta Untuk Tabung Siti Khadijah

SHARE

KUALA TERENGGANU, 29 November- Kerajaan negeri memperuntukan RM2 juta bagi Tabung Siti Khadijah khasnya untuk golongan ibu tunggal dan wanita menjalankan perniagaan pada tahun depan.

Peruntukan yang disalurkan melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu ( YPUT) itu antara sebahagian daripada jumlah RM15 juta yang diperuntukan dalam Bajet 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, YB Nurkhuzaini Ab Rahman, berkata sebanyak  RM2 juta turut disediakan untuk dana Usahawan Belia Sejahtera .


Katanya, manakala masing-masing RM1 juta untuk usahawan Orang Kurang Upaya dan graduan universiti menerusi Program Usahawan Graduan Sejahtera.

"Menerusi Bajet 2019 itu, satu pelan kerangka strategik jangka panjang akan ditubuhkan bagi memantau dan memperkasakan usahawan.

"Langkah itu bagi memastikan usahawan komited dan berdisplin menjalankan perniagaan masing- masing, selain mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival i- Spa & Wellness 2018, di Pusat Dagangan Terengganu, di sini, hari ini.

Karnival selama tiga hari, berakhir 2 Disember ini menekankan amalan penjagaan kesihatan dan kecantikan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: