Saturday, 17 November 2018

UniSZA Rai 2,359 Graduan Sempena Konvokesyen Kali Ke 10

SHARE
Sebahagian graduan yang menerima ijazah sempena Majlis Konvokesyen Ke-10 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.
KUALA NERUS, 17 November - Seramai 2,359 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-10 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus sepanjang tiga hari bermula hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 65 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, graduan sarjana (134), sarjana muda (1,641) dan diploma (999).

Istiadat pembukaan majlis berkenaan disempurnakan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA.

Turut berangkat, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Hadir sama,  Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Md. Nor dan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.

Dalam majlis konvokesyen kali ini, UniSZA menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengajian Al Quran kepada Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad iaitu Imam Besar Masjid Negara Kuala Lumpur  yang berasal dari Padang Pulut, Dungun, Terengganu sebagai penghargaan di atas sumbangan beliau.

Anugerah Pelajaran Diraja dirangkul oleh dua orang graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab, Muhamad Amir Zainudin, 24, dan Ong Ying Qian, 24, yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Dietetics.

Wai Ga Yam, 24, pula meraih Anugerah Malaysian Institute of Food Technology (MIFT) manakala Muhammad Izzul Faiz Japri, 23 (Anugerah Alumni Teknologi Makanan) bagi Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: