Monday, 12 November 2018

TATiUC Terus Relevan

SHARE
Ustaz Satiful Bahri berucap di Majlis Konvokesyen TATIUC Kali Ke-12 semalam. Foto - Mohd Lukman
KEMAMAN, 12 November - Dalam 25 tahun usia kematangan, Tati University College (TATiUC) dilihat terus relevan dalam menyediakan program pengajian berasaskan teknologi. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri,  Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, program yang berasaskan latihan pendidikan teknikal dan vokesional itu merupakan program yang menepati kehendak revolusi perindustrian 4.0.

Katanya,  TATIUC yang ditubuhkan di bawah Tabung Amanah Warisan (TAW) dilihat mampu memainkan peranan signifikan dalam merealisasikan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030.
Ustaz Satiful Bahri (dua dari kanan) sertai perarakan masuk Majlis Konvokesyen TATIUC Kali Ke-12.
"Ia bertujuan melahirkan insan yang berkualiti serta aset terpenting negara," jelasnya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Konvokesyen TATiUC Kali Ke 12 di Teluk Kalong, di sini semalam. 

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang,  Alias Harun,  ADUN Kemasik,  Ir Saiful Azmi Suhaili, Cancelor TATiUC,  Tan Sri Wan Abdul Rahman Wan Yaacob dan Rektor TATIUC,  Prof Dr Anuar Ahmad. 

Katanya, siri kejayaan TATiUC dalam bidang penyelidikan inovasi dan keterampilan mahasiswa sesungguhnya membuktikan universiti kolej itu berada di landasan yang betul.
Para graduan TATIUC hadapi Revolusi Industri 4.0.
Beliau percaya kaedah pengajaran yang diterapkan di TATiUC yang berasaskan kemahiran bukan sahaja mampu menyumbang secara signifikan kepada masyarakat dan pembangunan negara, bahkan hasrat itu begitu ampuh untuk berhadapan dengan cabaran revolusi industri 4.0.

"Saya yakin graduan TATiUC telah bersedia untuk menghadapi impak revolusi ini dan mereka akan lebih maju dalam menangani dan mengatasi perubahan teknologi," ujarnya lagi. 

Kira-kira 467 graduan TATiUC diraikan dalam majlis gilang gemilang itu. 
SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: