Thursday, 8 November 2018

Taska Permata Bentuk Generasi Masa Depan

SHARE

106 kanak-kanak Taska Permata seluruh Setiu diraikan dalam Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi di Dewan Majlis Daerah Setiu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail


Oleh : Hidayah Azlin

SETIU, 8 November - Pendidikan awal kanak-kanak merupakan fokus utama kerajaan negeri untuk membina modal insan serta membentuk generasi masa depan sebagai sumber kekuatan ummah dan aset negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, bakat dan kebolehan mereka digilap menerusi pelbagai kaedah dan modul yang dapat membimbing mereka daripada usia muda supaya cemerlang duniawi dan ukhrawi.

"Setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM10 juta bagi tujuan pengurusan 66 buah Taska Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di seluruh negeri.

 "Angka yang agak besar bukan menjadi perhitungan bagi kerajaan, kerana dalam soal pendidikan tidak mengikut dari segi untung rugi tetapi pembangunan modal insan yang mampu dihasilkan,"katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-Kanak Taska Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di Dewan Majlis Daerah Setiu, di sini, semalam.

Seramai 106 orang kanak-kanak dari tujuh Taska Permata di Setiu diraikan dalammajlis itu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Kadir, Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Ustaz Zul Bahri A Rahman dan Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof.


Dr Azman yang juga turut menyampaikan sijil pelantikan Ibu Angkat Taska Permata di seluruh Setiu melibatkan Taska Permata Mengabang Lekor, Putera Jaya, PAKR Anak Ikan, Chalok Kedai, Binjai Manis, Putera Jaya dan Pekan Jabi.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: