Sunday, 25 November 2018

Tambah Rakyat Melalui Perkahwinan; Walimatulurus Perdana Terengganu

SHARE

 Oleh: Lukman /Asyraf /Adli


DUNGUN, 25 November- Kerajaan negeri mengalakkan rakyat negeri ini berkahwin untuk menambahkan bilangan rakyat Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, rakyat Terengganu masih dalam bilangan yang kecil iaitu 1.1 juta orang.


“Rasulullah berbangga dengan umat Islam yang ramai, kerana itu program Walimatulurus Perdana merupakan salah satu usaha kerajaan negeri untuk mencapai hasrat itu.

“Perkahwinan merupakan jalan untuk mendapatkan zuriat dan jangan takut dengan rezeki kerana setiap anak ada rezekinya yang dijanjikan Allah,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Walimatulurus Perdana 2018 siri ketiga yang meraikan 31 pasangan bagi Parlimen Dungun di Medan Arena ( Square) Dungun, semalam.

Menurutnya lagi, Allah telah menulis segala rezeki anak semasa mula-mula ditiupkan roh.

“Rezeki anak akan bergabung dengan rezeki suami dan juga isteri. Kita pun kata, ulat dalam batu pun boleh makan, jangan sesekali kita merasa ragu dan tidak percaya kepada Allah yang menurunkan rezeki,” ujarnya.

Justeru itu, disarankan agar rakyat Terengganu berkahwin cepat dan banyakkan zuriat agar rakyat Negeri Terengganu akan bertambah dari tahun ke tahun.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: