Monday, 26 November 2018

Street Art, Mural Grafik Eksklusif Jadi Tarikan

SHARE

Oleh : Safwan Syakir

KUALA NERUS, 26 November  – Karya seni `street art' yang menarik dikenali sebagai Mural Grafik Ekslusif  dihasilkan di premis kedai, Rimba Square Kuala Nerus, di sini, bukan sahaja sebagai promosi perniagaan, malah membantu industri pelancongan negeri.

Pelancaran Mural Grafik Ekslusif berkenaan disempurnakan isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Ab. Rahman, kelmarin.

Pengarah Urusan Inspirasi Jamha (IJ), Datin Siti Maszuriyati Aziz berkata, objektif utama mural itu sebagai tanggungjawab korporat sosial (CSR) kepada masyarakat setempat selain dapat membantu mempromosikan industri pelancongan negeri.

“Kami menyediakan ruang dan peluang secara percuma sepanjang masa kepada penggemar `street art” dan juga kepada pelancong untuk bergambar dengan setiap lukisan yang kami sediakan hasil karya anak Terengganu iaitu daripada saudara Muhammad Farhan Mohad dan Saudara Muhammad Suhaimi Ali,” katanya ketika sesi sidang media.

Siti Maszuriyati berkata, keistimewaan tudung Bawal Ekslusif itu adalah dihasilkan daripada kain yang diimport daripada Jepun, diperincikan dengan tampalan Kristal Swarovski daripada Australia dan dikeluarkan daripada kilang Puchong, Selangor yang diuruskan oleh anak tempatan sebelum ia dipasarkan.

Tambah beliau lagi, tudung Bawal Ekslusif ini bukan sahaja sesuai dipakai untuk orang dewasa malah ia juga sesuai dengan semua lapisan termasuk kanak-kanak dengan 197 jenis rekabentuk bermula RM56.60 sehingga RM5,000.

Selain itu, ia juga menyediakan khidmat tempahan khas kepada pelanggan yang berminat untuk mencorak citarasa mereka sendiri serta membuka perkhidmatan secara atas talian iaitu di facebook page : Inspirasi Jamha dan di Instagram : Inspirasijamha_bawalexclusive.



Mengulas lanjut konsep dan mesej mural, katanya pada ukiran kayu kepala perahu pada bingkai dan bendera Terengganu yang dilukis pada buai itu merujuk kepada lokasi Butik (IJ) yang terletak di Terengganu.

"Manakala wanita menghulurkan beg kertas membawa maksud kepada layanan dan perhatian yang akan diberikan kepada pelanggan IJ dengan layanan mesra pelanggan.

"Turut menghiasi dinding mural tersebut ialah rama-rama yang mempunyai sayap bewarna-warni yang bermotifkan identiti kepelbagaian warna tudung yang memikat hati wanita. Sementara basikal yang menuju ke arah butik IJ memberi maksud kepada kesesuaian sepanjang zaman pilihan butik IJ di kalangan para wanita. Seterusnya, kerusi, meja dan belon I LOVE IJ membawa maksud keselesaan yang disediakan oleh butik IJ kepada pelanggan untuk memilih tudung-tudung yang berkenan di hati,"katanya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: