Wednesday, 14 November 2018

SRIDAF Lahirkan Generasi Celik Al Quran

SHARE


Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT 14 November- Pertandingan Hafazan merupakan satu inovasi dalam sistem pendidikan Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) yang diwujudkan untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan pada masa yang sama mampu menghafaz serta berkeupayaan mentafsir al-Quran dengan baik.

Pegawai Penyelaras Dun Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata keputusan memilih jalan atau laluan ini merupakan keputusan terbaik.

“Ujian yang Allah bawa kepada masyarakat kerana jauh dengan Al-Quran, solat serta kebaikan dan harapan kita dengan ada anak-anak seperti ini yang banyak menghafal serta sentiasa melihat ayat-ayat Allah akan membawa rahmat kerana anak-anak ini mampu membawa sesuatu kebaikan kepada persekitaran masyarakat.

“Kalau dibandingkan dari sudut keseronokan saat ini, barangkali kawan-kawan lain sedang berseronok dengan suasana persekitaran peringkat akhir sekolah dengan lawatan atau jamuan tetapi kita Alhamdulillah masih setia bersama Al-Quran untuk menguji kemampuan untuk menghafal ayat-ayat Allah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Hafazan Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF), di sini, hari ini.


Tambahnya lagi, pertandingan ini dianjurkan oleh pihak pengurusan SRIDAF untuk melahirkan generasi Al-Quran merupakan satu daripada usaha oleh pihak berkenaan untuk membuka pemikiran dan juga persepsi masyarakat terhadap sekolah ini. suatu yang luar biasa.

“Sesuatu yang luar biasa akan berlaku didalam kalangan anak-anak ini dan luar biasa itu akan berlaku diluar kotak pemikiran masyarakat kita,”ujarnya.

Beliau juga sempat menasihatkan tenaga pengajar SRIDAF untuk terus berusaha untuk melahirkan generasi yang bersama Al-Quran.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: