Tuesday, 27 November 2018

Bajet 2019 : RM48.5 juta Untuk Industri Pelancongan Terengganu

SHARE


KUALA TERENGGANU, 27 November - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak 48.5 juta untuk membangun industri pelancongan negeri berasaskan kepada tujuh sub sektor.

Ini termasuk Pelancongan Ekologi (Eco Tourism), Pelancongan Tani (Agro Tourism), Pelancongan Islam (Islamic Tourism), Pelancongan Budaya (Culture Tourism), Perlancongan Sukan (Sports Tourism) dan Pelancongan Kesihatan (Health Tousim).

Katanya, bagi menggalakkan tarikan pelancong yang lebih ramai untuk mengunjungi Tasik Kenyir tahun depan, sejumlah RM30 juta diperuntukkan khas untuk pengurusan dan pembangunan tasik buatan mansuia itu.

Menurut beliau pada tahun 2017 seramai 808,336 pengunjung telah mengunjungi Tasik Kenyir.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan Enakmen Perbekalan 2019 di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke 14 di Wisma Darul Iman kelmarin.

Katanya kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta untuk membangun Pulau Bidong sebagai pulau warisan mencakupi pengurusan serta pembangunan taman negeri.

Keindahan Tasik Kenyir di waktu senja.

"Langkah ini melambangkan sebahagian usaha dan komitmen Kerajaan Negeri dalam melindungi khazanah alam semual jadi," jelasnya.

Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, kebersihan sebahagian tuntutan agama yang memberi kesan langsung kepada industri pelancongan.

Oleh itu katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM4 juta lagi bagi program kebersihan dan keceriaan untuk menjayakan Program Terengganu Bersih dan Ceria.

"Kerajaan Negeri akan menaik taraf jalan penghubung di pulau-pulau peranginan dengan peruntukan RM3 juta.

"Ia selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pulau-pulau dan Taman Laut Negeri Terengganu," ujarnya.

Namun tambah beliau, aspek pengekalan ekosistem dan pembangunan lestari di kawasan pulau terbabit akan diambil kira.

Katanya, bagi memastikan pengekalan prestasi, peruntukan sebanyak RM2 juta disediakan untuk tujuan menyelenggara dan menceriakan lokasi-lokasi pelancongan.

Ini termasuk inisiatif berterusan Kerajaan Negeri dalam usaha mempertingkatkan perlindungan khazanah alam semula jadi negeri serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

"Komitmen ini diterjemahkan melalui pewartaan Taman Negeri Setiu Wetlands dan Taman Negeri Lawit-Cenana di Tasik Kenyir," terang beliau.

SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: