Wednesday, 14 November 2018

Rally Atas Pasir Kali Pertama

SHARE
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.
KUALA TERENGGANU, 14 November - Perlumbaan kereta Rally Championship Of Terengganu 2018 kali pertama dalam sejarah akan dipertandingkan di atas pasir pantai.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ianya akan diadakan di Terengganu International Endural Park (TIEP) pada 14 dan 15 Disember 2018.

“Sebelum ini, tapak  Lembah Bidong adalah tapak yang hanya digunakan untuk pertandingan sukan berkuda namun kali ini adalah pertandingan yang melibatkan perlumbaan kereta rally pertama akan dilangsungkan di tapak trek sukan berkuda.

“Insya-Allah tidak kurang daripada 32 buah kenderaan yang melibatkan 64 orang pemandu dan ratusan kru akan datang,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika ditemui pihak media di Tingkat 5 Wisma Darul Iman, semalam.

Oleh itu katanya, perlumbaan ini dijangka akan disertai oleh 'otai' sukan kereta, Karamjit Singh.

Menurut Ustaz Wan Sukairi, program tersebut merupakan kali pertama kejohanan yang melibatkan perlumbaan kereta diadakan di trek Lembah Bidong.

“Pada tahun 2010 juga sukan yang sama kita pernah adakan di Tasik Kenyir, Setiu yang diadakan secara tahunan.

“Tetapi  untuk trek di Lembah Bidong, ini  kali yang pertama pertandingan seumpama ini diadakan  sama ada di peringkat negara kita mahupun di peringkat dunia. Ini kali pertama trek yang akan bermula di tepi pantai dan ini adalah satu lagi pembaharuan,” jelasnya.

Justeru beliau menyeru rakyat Terengganu agar hadir beramai-ramai menyaksikan perlumbaan kereta Rally Championship yang akan diadakan tidak lama lagi.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: