Tuesday, 6 November 2018

Pusat Pemindahan Banjir Pertama Dibuka Di Terengganu

SHARE
Oleh: Nooreni Abu Bakar 

DUNGUN, 6 November - Pusat Pemindahan Banjir Seberang Pintasan telah dibuka di Dewan Sivik Seberang Pintasan pada 5 November, pukul 12.00 tengah malam semalam, merupakan yang pertama dibuka di negeri Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang berkata, kampung - kampung yang terlibat adalah Kampung Kubang Putat dan Kampung Temiang.


"11 keluarga telah dipindahkan di sini yang terdiri daripada lapan lelaki dewasa, 18 wanita dewasa, empat kanak-kanak lelaki, enam kanak-kanak perempuan yang menjadikan jumlah keseluruhannya 36 orang semuanya", katanya yang dihubungi di sini, hari ini.


Alias turut memberitahu, banjir tersebut adalah disebabkan air bertakung akibat daripada saliran yang sempit.

"Saya dah telefon, pihak Jabatan Parit dan Saliran(JPS), kita akan usahakan macam mana pun asalkan air dapat keluar," katanya lagi.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: