Tuesday, 20 November 2018

Permohonan SMA Terengganu 2019

SHARE
Gambar hiasan. Foto ihsan - SMAOnline
INFO RASMI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU:

Permohonan ke SMA Negeri Terengganu secara  ONLINE bagi kemasukan 2019

Permohonan Ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu dan Madrasah Moden MAIDAM adalah aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Unit ICT JHEAT dan dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan. Modul ini digunakan oleh ibubapa/penjaga yang ingin membuat permohonan ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6.

Aplikasi ini boleh dicapai oleh mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet.

Untuk memohon sila klik Menu Aplikasi Online  dan pilih kategori yang berkaitan.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian :

1) Permohonan ke SMANT akan dibuka Sehari Selepas Keputusan UPSR diumumkan jam 9.00 pagi. Permohonan akan dibuka selama 10 hari sahajar
2) Semakan Ujian Bertulis akan dibuka tarikh yang akan dimaklumkan kemudian
3) Ujian akan diadakan pada tarikh seperti berikut :

i) 10 Disember 2018 bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Terengganu

ii) 12 Disember 2018 bagi kemasukan ke SMA(A) Sultan Zainal Abidin, K. Trg.

iii) 6 Disember 2018 bagi kemasukan ke Madrasah Moden MAIDAM Terengganu


4) Semakan Tawaran akan dibuka pada 24 Disember 2018
5) Pendaftaran sekolah bagi tingkatan 1 tahun 2019 adalah seperti berikut :

i) Sekolah Menengah Agama Terengganu pada 30 Disember 2018 (Ahad)

ii) SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 02 Januari 2018 (Ahad)

iii) Madrasah Moden MAIDAM Terengganu pada 6 Januari 2018 (Ahad)


Sila layari web berikut

http://smaonline.terengganu.gov.my
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: