Wednesday, 14 November 2018

Permohonan SM Imtiaz YT 2019 Tingkatan 1 Secara Online

SHARE

KUALA TERENGGANU, 14 November - Yayasan Terengganu mempelawa calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 yang berminat untuk memasuki Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu  yang mendapat sekurang-kurangnya 4A 2B layak untuk memohon bermula November ini sehingga Disember 2018 sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Jika berminat dan melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, rakyat dipelawa untuk menghantar borang permohonan Imtiaz secara 'online' di mana saluran permohonan sesi tahun ini akan dibuka.

Untuk makluman, mereka yang layak dipelawa untuk membuat permohonan secara 'online' menerusi laman web www.yt.gov.my @ www.myimtiaz.com.my yang akan dibuka selepas keputusan UPSR diumumkan nanti.

SM Imtiaz adalah sekolah elit yang menawarkan pendidikan yang selari dengan sistem pendidikan kebangsaan (bidang sains) yang dirangkumkan secara bersepadu dengan hafazan al-Quran dan pendidikan agama di bawah Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu.

Senarai SM Imtiaz di negeri Terengganu adalah di Besut, Kuala Berang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus,  Setiu dan Marang.


Berikut adalah panduan dan maklumat penting berkaitan permohonan SM IMtiaz tahun 2019 meliputi tarikh penting permohonan dan syarat kelayakan.


Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

PENGURUSAN IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU
Tingkat 3, Bangunan Yayasan Terengganu,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu

No Tel    : 09-6221733
No Faks  : 09-6232944

Emel: info@yt.gov.my



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: