Oleh:
Khairuddin Yusoff
PUTRAJAYA,
19 November- Permint Plywood Sdn. Bhd (PPSB) yang
merupakan salah sebuah syarikat milik kerajaan negeri akan terus melakukan
transformasi termasuk meluaskan pasaran ke luar negara.
Pengerusi
Lembaga Pengarah PPSB, Ustaz Haji Maliaman Kassim berkata, PPSB kini semakin mengorak
langkah ke hadapan dengan pencapaian yang membanggakan menerusi usaha keras
yang dilakukan oleh pihak pengurusan kilang papan lapis tersebut.
“Saya
selaku pengerusi kepada PPSB merakamkan ucapan penghargaan kepada semua
kakitangan PPSB dengan anugerah SIRIM 2018 ‘Chain Of Custody Of Forest Based
Products’ menerusi persijilan Programme For The Endorsement Of Forest Certification
(PEFC) yang berjaya dicapai.
"Semoga
dengan anugerah ini menjadi suntikan semangat kepada semua kakitangan
pentadbiran dalam meneruskan usaha untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran
dan pencapaian keuntungan kepada PPSB yang boleh membantu kerajaan Negeri dalam
sumber kewangan,” ujarnya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika
menghadiri Majlis SIRIM Industri 2018 “Best Partner For Innovation" di
Putrajaya Grand Ballroom, Putrajaya Marriot IOI Resort City, baru-baru ini.
Sementara
itu, Timbalan Pengurus Besar Permint Plywood Sdn. Bhd, Haji Wan Shuhaimi Wan
Aziz berkata, beliau berharap produk keluaran PPSB dapat dieksport ke luar
negara yang mana dapat menjangkau keuntungan yang tinggi.
"Saya
mewakili pihak pengurusan PPSB sangat berbangga dengan anugerah ini dan
berharap dapat menembusi pasaran eksport ke luar negara dan dapat dijual dengan
harga yang tinggi.
"Buat
masa sekarang kita menghasilkan venir untuk pembuatan plywood dan juga woodchip
dalam pembuatan fiber dan turut mengusahakan produk gaharu secara komersial
dimana kita telah membeli sebanyak 1,000 pokok dari Ladang Karas Jabatan Hutan
Merchang dengan jangkaan keuntungan mencecah RM500,000," ujarnya.
Menurut
beliau, PPSB juga telah bekerjasama syarikat dari Melaka iaitu BioBenua
Teknoloji Sdn.Bhd bagi menjual minyak gaharu yang yang diproses dari pokok
karas.
0 komen: