Sunday, 18 November 2018

Penyertaan Aktiviti Sukan Pupuk Semangat Ukhuwah

SHARE


Oleh: Safwan Syakir

KUALA NERUS, 18 November- Penyertaan golongan muda khususnya dalam kegiatan sukan amat penting bagi memupuk semangat ukhwah di kalangan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak berkata, selain untuk kecergasan fizikal, persahabatan yang terjalin menerusi aktiviti sukan antara langkah terbaik untuk memantapkan ukhwah di kalangan belia.

“Mengambil contoh sukan bola sepak, penyertaan mereka (belia) bukan bertujuan untuk memburu piala semata-mata, tetapi yang lebih utama ialah dapat merapatkan hubungan sesama mereka.

“Malah aktiviti riadah seperti ini dapat memupuk semangat berpasukan dan memantapkan ukhuwah antara pemuda yang berlainan cawangan disamping dapat menjalinkan hubungan sosial antara masyarakat," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Yang Berhormat ADUN Bukit Tunggal di Padang Sintetik Tok Jiring, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pemuda PAS Dewab Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, Wan Mohammad Nasiruddin Wan Ahmad dan Ketua Lajnah Kebajikan PAS DUN Bukit Tunggal, Wan Fauzi Wan Harun.

Sementara itu, Dr. Alias berkata, pihaknya bersedia untuk mempertimbangkan tapak cadangan bagi pembinaan padang bola sepak yang dikemukakan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Bukit Tunggal.

“InsyaAllah usaha ke arah mewujudkan prasarana padang bola seumpama disini boleh dibangunkan di kawasan Bukit Tunggal dan pihak MPKK setempat yang bersifat proaktif akan diberi peluang mengemukakan cadangan lokasi tersebut,” ujarnya.

Kejohanan saban tahun diadakan itu telah memihak kepada pasukan Batu Enam sebagai juara keseluruhan yang membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM 1,200, hamper serta pingat manakala pasukan Bukit Tok Ris sebagai naib juara.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: