Oleh:
Afiq M. Zaid
KUALA
TERENGGANU, 10 November- Usahawan dan pengusaha
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) digalakkan untuk menyertai Kempen Harga
Patut anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam usaha meringankan beban kos sara hidup masyarakat.
Pengerusi
Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja
negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, penyertaan pengusaha PKS dalam
kempen tersebut bukan sahaja membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk
membantu rakyat malah memberi peluang kepada para peniaga memasarkan produk
masing-masing.
“Kempen
seperti ini perlu diketengahkan kerana bukan setakat membolehkan barangan
dijual pada kadar yang lebih rendah dari harga biasa tetapi sebagai platform
kepada pengusaha PKS untuk memperkenalkan produk-produk baru mereka.
“Disamping
membuka ruang kepada para peniaga untuk mencari 'business mathcing' dengan
pasaraya-pasaraya besar,” ujarnya.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui pemberita di program Kempen Harga Patut anjuran
KPDNHEP Negeri Terengganu yang berlangsung di Galeri A, Yayasan Pembangunan
Usahawan, Kuala Terengganu.
Turut
hadir, Pengarah KPDNHEP Negeri Terengganu, Saharudin Mohd Kia.
Menurut
beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, sebanyak tujuh
kategori disediakan untuk memudahkan orang ramai membuat pilihan ketika membeli
belah sempena kempen tersebut iaitu makan segar, makanan sejuk beku, makanan
kering, makanan tin, minuman, barangan bayi dan kanak-kanak serta barangan
bukan makanan.
"Saya
difahamkan potongan harga antara 10% sehingga 50% maknanya siapa (pengusaha)
yang nak masuk sini mesti menawarkan potongan antara 10 - 50% kepada pembeli,” ujarnya.
0 komen: