Monday, 26 November 2018

Bajet 2019 : Pelaburan TSV Dijangka RM13 Bilion

SHARE
"Pelaburan TSV dijangka RM13 Bilion."-Dr Ahmad Samsuri 

KUALA TERENGGANU, 26 November - Taman Industri seluas 4,000 hektar di Lembah Silika di Jambu Bongkok, Marang dekat sini dijangka akan menarik pelaburan sebanyak kira-kira RM13 bilion, kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedang membangunkan Terengganu Silica Valley (TSV) di kawasan tersebut dan dijangka melibatkan kos sebanyak RM200 juta termasuk pembangunan infrastruktur asas peringkat pertama.

"Ini tidak termasuk kos penyaluran paip gas asli yang akan dibuat oleh pihak Petronas Gas dari Santong (Paka, Dungun) ke Tapak Projek," katanya ketika membentang Rang Enakmen Perbekalan 2019 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Udangan Negeri (DUN) Ke 14 di sini semalam.
SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: