![]() |
"Terengganu terima pelaburan sebanyak RM4.27 bilion." -Dr Ahmad Samsuri |
KUALA TERENGGANU, 29 November - Jumlah pelaburan yang
diterima Negeri Terengganu sehingga November tahun ini adalah sebanyak lapan
pelaburan pada kadar RM4.27 Bilion kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau berkata, ini termasuk RM4.20 bilion pelaburan asing manakala
selebihnya RM73.31 juta pelaburan tempatan.
Menurutnya mulai bulan Januari hingga Jun tahun ini, Negeri
Terengganu menerima empat pelaburan berjumlah RM4.20 bilion termasuk pelaburan
asing sebanyak RM4.16 bilion manakala pelaburan tempatan sebanyak RM35.80 juta.
Sementara tahun 2017 pula Terengganu menerima empat
pelaburan berjumlah RM73.12 juta termasuk RM35.62 juta pelaburan asing manakala
selebihnya (RM37.51 juta), pelaburan tempatan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Haji Hishamuddin Abdul Karim dalam
Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke 14
di Wisma Darul Iman.
0 komen: