Tuesday, 13 November 2018

NGO Generasi Felda Bangkit, Pertahankan Kerajaan Terengganu

SHARE



Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU, 12 November-  Badan Bukan Kerajaan( NGO)  Generasi akan mula bangkit melakukan anjakan paradigma bertujuan mempertahankan kerajaan  Terengganu kini di bawah kepimpinan Pas.

Pegawai Kanan Khas Menteri Besar, Bahagian Penyelidikan Tanah Persekutuan, Naraza Muda berkata generasi akan dipastikan wujud di seluruh Felda dan Felcra agar dapat berfungsi membantu kerajaan  Terengganu.

Menurut beliau antara langkah awal menubuhkan skuad banjir bagi dalam kesiapsiagaan menghadapi musim tengkujuh.

"Selain itu bagi memastikan peranan kita lebih dominan dan kompeten untuk berfungsi di dalam masyarakat, selain akan menjalinkan hubungan yang baik dengan Felda Wilayah.

"Di samping itu kita akan sering mengadakan pertemuan dengan Majlis Belia Felda Malaysia bagi mewujudkan perhubungan yang baik bagi menyelesaikan segala permasalahan Felda," ujarnya yang juga merupakan pengerusi Generasi Terengganu.

Beliau berkata demikian, ketika berucap didalam Mesyuarat NGO Generasi, di Wisma Darul Iman, di sini


Mengulas mengenai kediaman dan isu Rancangan Tanah berkelompok di Felda dan Felcra beliau yakin ianya dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri, dan akan turut berunding dengan kerajaan persekutuan.

"Kita akan menyibukkan wakil rakyat, ataupun penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai Felda di DUN berkenaan," jelasnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: