Saturday, 24 November 2018

MB Terengganu Saran Penduduk Sertai Perancangan Kerajaan

SHARE
Dr. Samsuri memandikan peserta khatan perdana.
MARANG, 24 November - Penduduk Marang disaran hadir untuk meneliti Draf Rancangan Tempatan Daerah Marang yang dipamerkan bermula 22 November hingga 23 Disember nanti.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rakyat sebagai pemegang taruh dalam sesuatu perancangan kerajaan harus memberikan pandangan terhadap perancangan kerajaan.

"Rakyat mempunyai suara untuk menyatakan pandangan kerana ia berkait dengan persekitaran mereka," katanya.

Salah seorang peserta ketika dikhatankan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu merasmikan Majlis Khatan Perdana DUN Rhu Rendang di Kampung Darat Pak Chan, hari ini.

Seramai 160 kanak-kanak diraikan dalam majlis tersebut.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) itu, Ahmad Puteh berkata, program tersebut merupakan program perintis yang bakal diadakan secara tahunan.


"Program ini dianjurkan oleh Lujnah Kebajikan PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS).

"Penyertaan melibatkan daripada seluruh DUN. Sambutan kali ini menggalakkan dan dijangka tahun hadapan kita akan adakan pada skala lebih besar lagi," katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: