Thursday, 1 November 2018

Masalah Hakisan Akan Diselesaikan Segera

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 1 November - Masalah hakisan pantai yang membelenggu penduduk di Kampung Pantai, Kuala Besut sejak sekian lama akan diselesaikan dengan kadar segera,.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, fenomena itu sangat membimbangkan kerana ianya boleh mengancam nyawa dan harta benda penduduk yang tinggal berhampiran pantai.

"Hakisan ini sudah lama berlaku, tetapi belum ada penyelesaian yang sepatutnya dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab. Kami memandang serius akan perkara ini kerana melibatkan keselamatan penduduk di sini.

"Di samping itu, penduduk juga perlu mematuhi arahan daripada pihak berkuasa sekiranya diminta segera berpindah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku termasuk boleh mengancam nyawa,"katanya ketika melawat Kampung Pantai, Kuala Besut, di sini, semalam.

Turut sama dalam lawatan itu, Pegawai Daerah Besut, Shahidan Embok, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Ab Rasid Jusoh, Pegawai Pembangunan Masyarakat Daerah Besut, Noor Asikin Ab Rahman serta Ketua Jurutera Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Osman Mamat.

Azbi berkata, pihaknya akan mencari penyelesaian yang terbaik dengan secepat mungkin kerana musim tengkujuh yang hampir tiba.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: