Monday, 12 November 2018

Manfaat Masa Di Alam Persekolahan Dengan Ilmu

SHARE


Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN  11 November- Pelajar-pelajar disaran menggunakan masa sewaktu berada di alam persekolahan dengan memantapkan kefahaman dalam pelbagai bidang ilmu yang bermanfaat.

Timbalan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Haji Alias Harun berkata ilmu Al-Quran mestilah menjadi agenda utama ketika menuntut ilmu.

" Mantapkan ilmu, ke tepikan  sebarang fahaman-fahaman 'isme' barat yang cuba memesongkan kita daripada Islam.

" Pelajar hari ini adalah penyambung kepada perjuangan Islam jadi, anda adalah aset yang amat penting kepada Islam, " ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Rantau Abang berkata demikian ketika berucap di majlis Graduasi Tingkatan Lima Sekolah Menengah Islam Darul Bayan di sini, baru-baru ini. 



45 orang pelajar telah menerima sijil masing dan lima orang pelajar telah dianugerahkan pelajar cemerlang di majlis tersebut.

Tambah Alias, yang merupakan  mantan guru, mereka(pelajar) perlu cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seterusnya berjaya menyambung ke universiti.

"Ingat, jasa ibu dan ayah, hargai pengorbanan mereka dan  gembirakanlah mereka, " ujar beliau.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: