Tuesday, 6 November 2018

Lee Tuck Sah Kekal Di TFC

SHARE
Foto ihsan - FB Terengganu Football Club
Oleh: Mohd Zukifli Mat

KUALA TERENGGANU, 6 November - Khabar angin mengenai beberapa tonggak utama import pasukan Terengganu Football Club (TFC) yang membayangkan hasrat untuk berhijrah ke pasukan lain akhirnya terjawab.

Arkitek TFC yang juga pemain tengah, Lee Andrew Tuck (Lee Tuck) mengumumkan akan terus kekal bersama skuad Penyu di bawah bimbingan Haji Irfan Bakti untuk musim 2019.

"I’ll be returning to Terengganu FC for the 2019 season. A lot of people have asked with kind messages so cheers. I’ll be seeing you all next year," katanya.

Beliau yang merupakan pemain import kelahiran England berkata demikian dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, semalam.

Sebelum ini, khabar angin mendakwa Lee Tuck tidak kekal bersama Terengganu dan menimbulkan kegusaran peminat setianya yang ternyata menghargai jasanya.

Seorang lagi pemain import TFC, Thieryy Chanta Bin yang pernah dinobat sebagai pemain kuota Asia terbaik 2018 turut mengumumkan akan terus kekal di TFC selepas dikaitkan akan berhijrah ke pasukan Thailand.

Ini sudah pastinya suatu berita gembira bagi peminat bola sepak Negeri Terengganu yang sekian lama menjadi tanda tanya.

Dalam perkembangan sama, kegembiraan turut dirasai apabila Anugerah Bolasepak Kebanggsaan 2018 (ABK2018) telah menobatkan Lee Tuck sebagai Pemain Paling Popular, semalam.

Sementara itu, lima pemain TFC memenangi anugerah kesebelasan utama terbaik ABK2018 termasuk Lee Tuck, Thieryy Chanta Bin, Faiz Nasir, Kamal Azizi, dan TcheTche Kipre.

Manakala Ketua Jurulatih TFC, Haji Irfan Bakti dianugerahkan sebagai jurulatih terbaik 2018.

Menurut Facebook rasmi TFC, mereka mengesahkan bahawa Lee Tuck telah menandatangani pemanjangan kontrak bersama pasukan TFC sehingga tahun 2020.

Lee Tuck telah bersetuju dengan segala terma dan syarat yang telah ditawarkan di dalam kontrak TFC dan beliau semestinya mendahulukan penyokongnya di Terengganu.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: