Monday, 5 November 2018

Lagi Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora

SHARE

KUALA TERENGGANU, 4 November - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah sehingga Selasa, 6 November 2018.

Dalam satu kenyataan semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

"Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Selasa, 6 November 2018," katanya.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran bahawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Utara Sarawak sehingga 1:00 pagi; Isnin, 5 November 2018.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: