Monday, 5 November 2018

JPS Perlu Ambil Tindakan Segera Atasi Banjir Kilat Di Tok Kah

SHARE


Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN 4 November - Jabatan Parit Dan Saliran(JPS) perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi permasalahan banjir kilat yang melanda kawasan berhampiran persimpangan jalan masuk ke Kampung Tok Kah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, beliau kesal dengan insiden banjir kilat akan yang sentiasa berulang sekiranya tiada tindakan diambil kerana masalah ini berlaku setiap kali hujan lebat.

“JPS perlu melihat sistem perparitan di seluruh kawasan berhampiran banjir termasuk alternatif yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang telah berlaku sejak sekian lama di kawasan ini terutama bila tiba musim tengkujuh.

"Air bertakung di pintu masuk ke Tok Kah, air hujan yang tak dapat keluar ke longkang yang ada, menyebabkan ia melimpah, dan tidak bergerak," ujar beliau dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas meninjau tempat tersebut di sini pada 3 November.

Beliau yang yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri berkata, pihaknya pernah mencadangkan supaya menebuk jalan utama untuk membuat saliran air sebagai satu cara mengelakkan banjir kilat berlaku.

" Kena tebuk jalan utama untuk mengalirkan air ke sebelah kilang industri kerana di sana ada longkang yang boleh mengalirkan air ke sungai.

“Memang disediakan longkang daripada pintu masuk ke Tok Kah iaitu di Alur Rekam keluar ke Bemban tapi kaedah dia buat dok (tidak) kena, air dok turun ke sana, ke Sungai Bemban,  menyebabkan air mari balik ke pintu masuk simpang ke Tok Kah.

"Sepatutnya kalau dia buat betul-betul, air akan terus ke Sungai Bemban tetapi dok, itu menyebabkan 'balik air' (air bertakung balik)," jelasnya lagi.

Beliau turut melahirkan rasa simpati terhadap penduduk-penduduk sekitar yang terpaksa menanggung kesukaran ini akibat tidak ada tindakan bersungguh-sungguh daripada pihak yang bertanggungjawab.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: