Monday, 5 November 2018

Jelajah Anak Muda Cinta Malaysia Corak Hala Tuju Belia - Wan Sukairi

SHARE
PU Amin (tengah) ketika menjawab soalan daripada hadirin yang hadir.
KUALA TERENGGANU, 5 November - Program Jelajah Anak Muda Cinta Malaysia memberikan pendekatan terbaik dalam mencorak hala tuju golongan belia di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, golongan belia merupakan aset negara pada masa depan.

"Forum perdana yang diadakan malam ini adalah usaha kerajaan negeri dalam mengurangkan penglibatan anak muda dalam kegiatan ekstremisme.


"Forum ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan belia dan pemahaman berhubung konflik dan masalah ekstremisme," katanya ketika merasmikan penutup program jelajah itu di Kompleks Paya Bunga Square, semalam.

Turut diadakan pameran interaktif, temuduga terbuka dan 'Focus Group Season' yang merupakan sebahagian aktiviti daripada program itu.


Forum perdana bertajuk Islam Agama Syumul itu menampilkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali Pencetus Ummah (PU) Amin.

Seramai kira-kira 100 penonton terdiri daripada orang awam dan pelajar mengambil peluang mendengar pengisian daripada forum tersebut.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: