Friday, 9 November 2018

Jasa Dua Ikon Pertanian Negeri Disanjung - Dr. Azman

SHARE

KUALA TERENGGANU, 9 November - Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan dua orang penting dalam sektor pertanian di Terengganu amat disanjung tinggi walaupun hanya kira-kira setengah tahun bersama kerajaan negeri yang baharu.

Dua ikon itu, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkifley Harun dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Abdul Mubin Abdul Razak bakal bersara pada hujung tahun ini.


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, walau

"Hari-hari sedih untuk kami keluarga Pertanian Negeri Terengganu. Saya bakal kehilangan dua orang pengarah merangkap sahabat dan teman sekerja yang bakal menempuh alam persaraan pada hujung tahun ini.


"Mereka berdua adalah tulang belakang yang selalu meneguhkan kami dalam keluarga besar bidang pertanian negeri dengan sikap baik akhlak, jujur dalam bertindak, kuat bekerja dan sedia mematuhi arahan walaupun jarak umur saya dengan mereka berdua sangat jauh,"kata beliau dalam kentepada Urusetia Penerangan Darul Iman, semalam.

Dr. Azman berkata, dalam tempoh lebih kurang lima bulan ini kedua-dua ketua jabatan itu sentiasa bersama di medan pertanian untuk menyantuni masyarakat petani, penternak dan nelayan.

Katanya, beliau sangat menghargai hari-hari yang dilalui kerana banyak ilmu serta pengalaman dikongsi demi memperkasakan industri itu di Terengganu ke tahap lebih baik.

Tambah beliau, selepas lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam, akhirnya kedua-dua ikon ini akan mengucapkan selamat tinggal.

"Saya terkesan dan terasa kehilangan. Selamat bersara saya ucapkan. Perkhidmatan kerajaan ada tempohnya. Tapi ukhwah dan persahabatan tiada had masa,"kata beliau lagi.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: