Sunday, 18 November 2018

Jaga Kesihatan Dengan Sukan

SHARE
Kesihatan adalah amanah yang harus dijaga.
Oleh: Syaharulhafizi Shamsudin

KUALA TERENGGANU, 18 November - Amalan bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah menasihati  masyarakat terutama golongan muda supaya mengambil peluang menuntut ilmu dan bersukan selagi masih muda dan kuat.

“Kita perlu bersukan supaya sihat tubuh badan. Berusahalah menjaga kesihatan. Namun, harus diingat yang mengurniakan kesihatan adalah Allah SWT.

“Jangan pula apabila berlatih sukan ekstrem yang biasanya didominasikan kaum lelaki, kita menjadi lelaki. Semua sukan boleh dimainkan samada oleh lelaki atau wanita sesuai dengan batas dan syaratnya,” katanya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata demikian ketika menghadiri  Sukan Ekstrem anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dengan kerjasama Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung di Terengganu Equestrian Resort, semalam.

Program itu mengetengahkan pelbagai aktiviti sukan untuk golongan wanita seperti menunggang kuda dan memanah. Lebih  40 kanak-kanak dan ibu muda DUN Bukit Payung hadir memeriahkan program tersebut.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: