Saturday, 3 November 2018

Isu Tanah Runtuh Bukit Kukus:Gesaan Siasatan Diumumkan Segera

SHARE
Tuan Che Alias Hamid

KUALA LUMPUR 3 November - Kerajaan digesa  mendedahkan laporan siasatan  tanah runtuh yang berlaku di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus pada bulan lepas  kepada umum dengan segera demi ketelusan dan anggota suruhanjaya itu.

Ahli Parlimen Kemaman, Tuan Che Alias Hamid, berkata siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Khas Siasatan itu, dijangka tarikh dan tempoh siasatannya ditetapkan bermula pada minggu ini.

Jelasnya, pihak jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan itu diharapkan tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan isu ini.

"Banyak pihak yang ingin mengetahui punca sebenar kejadian yang telah meragut banyak nyawa itu.

"Adakah kes tanah runtuh ini juga berlaku disebabkan tiga kecuaian itu iaitu kecuaian kelulusan, kecuaian pemantauan dan kecuaian mematuhi garis panduan seperti sebelum ini?"katanya di dalam kenyataan media yang dikeluarkan di Parlimen di sini pada 1 November, baru-baru ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman turut berkata
tindakan undang-undang sepatutnya  diambil dan kerajaan tidak boleh berkomplot dengan mana-mana pihak yang bersalah.

"Kita berharap agar Kerajaan Pulau Pinang  memberi perhatian terhadap kebimbangan yang disuarakan oleh penduduk serta Badan-badan Bukan Kerajaan(NGO's) .

"Untuk mengelakkan kejadian malang itu terus berulang, saya mencadangkan perlu kurangkan penggondolan bukit untuk pembinaan,"katanya lagi.

Menurut Tuan Che Alias, Pulau Pinang sering kali berlaku kes tanah runtuh daripada tahun 2016  Oktober 2018  sehingga dikenali sebagai “Darul Bencana".


Terdahulu dalam satu kejadian, sembilan mangsa meninggal dunia selepas tertimbus runtuhan tanah yang menimpa kontena yang menempatkan pekerja di tapak projek jalan raya berkembar di Bukit Kukus, Paya Terubong, Jumaat lepas.

Mereka terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, lima lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar, manakala empat orang cedera terdiri daripada seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia, seorang daripadanya mengandung empat bulan dan seorang wanita Kemboja.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: