Thursday, 8 November 2018

Isteri Ahli Parlimen, DUN Dan Penyelaras DUN Dilantik Sebagai Ibu Angkat Taska Permata

SHARE
Hajah Rugayah Mahmood (berniqab) selepas menerima sijil pelantikan sebagai salah seorang ibu angkat Taska Permata Keluarga

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 4 November- Isteri-isteri Ahli Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Penyelaras DUN telah dilantik sebagai ibu angkat kepada Taska Permata Keluarga seluruh negeri ini.

Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Hajah Rugayah Mahmood berkata, Taska Permata sebelum ini dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan isteri bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

"Tetapi kini, kerajaan negeri menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu telah melantik kami sebagai penasihat kepada Taska Permata di DUN masing-masing", ujarnya ketika dihubungi pemberita.

Rugayah dan beberapa orang lagi telah menerima watikah pelantikan sebagai ibu angka Taska Permata Keluarga di Majlis Hafaz Muqaddam Dan Graduasi Kanak-Kanak Taska Permata Keluarga Parlimen Dungun yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat di Dewan Utama, Majlis Perbandaran Dungun, baru-baru ini.

Menurut Rugayah yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunnisa’), Taska Permata Keluarga Pulau Serai yang menempatkan 21 kanak-kanak adalah satu-satunya Taska Permata yang terdapat di DUN Rantau Abang yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: