Thursday, 1 November 2018

Ilmu Hari Ini Untuk Bekalan Masa Depan

SHARE

Ir Saiful mengucapkan tahniah dan bersalaman dengan Tokoh Pelajar 2018 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rasau Kerteh B5.



Oleh: Ahmad Syahid Adnan

KEMAMAN, 1 November - Ilmu yang diajar oleh guru di sekolah menjadi bekalan kepada pelajar bagi mematangkan diri dan mencari pengalaman untuk menghadapi pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, bagi memastikan ilmu itu diberkati dan dapat dimanfaatkan dengan baik, pelajar perlu mengamalkan tiga perkara iaitu memanfaatkan masa, menjaga kesihatan serta tidak lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT.

"Gunakanlah masa berbaki ini dengan sebaik mungkin, jaga kesihatan diri serta jangan sesekali lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah dan Insya-Allah, kita semua akan berjaya di dunia dan akhirat," katanya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi & Jamuan Akhir Tahun Pelajar Tingkatan 5, di Dewan Al-Ghazali, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rasau Kerteh B5, Kerteh, di sini, kelmarin

Ir Saiful berkata, di mana-mana sahaja manusia tanpa mengira tempat, usia dan latar kehidupan pasti berhadapan dengan cabaran, bagaimanapun perlu bijak mengawal diri supaya tidak terjerumus ke lembah hina.

Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada tenaga pendidik di seluruh Terengganu kerana sentiasa dedikasi dan memberi komitmen untuk emmastikan Terengganu sentiasa unggul di bidang pendidikan dan setiap tahun dapat merekodkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam.

Ir Saiful mengabdikan kenangan sejurus perasmian program dengan tenaga pengajar SMK Rasau Kerteh B5.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: