Saturday, 10 November 2018

Terengganu Sebagai Hub Limau Madu

SHARE
Datuk Salahuddin Ayub (tiga dari kanan) memegang sebiji limau madu dalam satu lawatan beliau di Hulu Terengganu, hari ini.
HULU TERENGGANU, 10 November - Hubungan Kerajaan Terengganu dengan Kerajaan Persekutuan pada dasarnya terjalin erat dengan menjadikan program pembangunan bersama sebagai jambatan untuk mencapai kerjasama tersebut bagi kebaikan rakyat dan negara. 

Kerajaan negeri tidak pernah menolak kerjasama dengan kerajaan pusat walaupun dipimpin oleh parti yang berlainan antara kedua-dua belah pihak. 

Terbaharu,  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri,  Dr Azman Ibrahim mewakili kerajaan negeri menyambut baik hasrat kerajaan pusat untuk menjadikan Terengganu,  sebagai Hub Limau Madu Negara. 

Pada dasarnya Menteri Pertanian,  Datuk Salahuddin Ayub bersetuju menjadikan Terengganu hub limau madu dengan teknologi terkini ketika  beliau berada di Ajil,  di sini hari ini. 

Limau madu adalah satu perusahaan pertanian popular di kalangan petani Hulu Terengganu dan beberapa daerah lain di negeri ini. 

Ia juga mempunyai pasaran yang baik di Malaysia dan perlu dikembangkan dari semasa ke semasa. 

Ketika pemerintahan PAS tahun 1999 hingga 2004, Durian Mentangau Dungun pernah dijadikan hub limau madu Terengganu. 

SHARE

Author: verified_user


0 komen: