Wednesday, 7 November 2018

Gabungan Jentera Kerajaan Dan Parti Kuatkan Skuad Banjir

SHARE
Dr. Azman Ibrahim
Oleh: Dzakaria Mohd Salleh,Nurul Robiatul Hidayah

SETIU 6 November- Gabungan jentera kerajaan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan parti memberi kekuatan kepada skuad banjir  dalam memberikan khidmat terbaik bagi membantu dan menyelamat mangsa yang terlibat pada musim tengkujuh kali ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim berkata gandingan ini akan mengenepikan sebarang sentimen dan memberi fokus bagi menyelamat dan membantu mangsa.

“Semua agensi kerajaan dan jentera parti perlu sama-sama bantu terutama keadaan musim hujan yang melanda negeri sekarang dan saya difahamkan bahawa perhatian sewajarnya diambil dengan kerja-kerja bagi mengelakkan banjir telah dijalankan sebaik mungkin.

“Bagi DUN Jabi sendiri, semua jentera yang terlibat dengan  banjir juga telah bersiap sedia dan berada dalam ‘mode standby’ serta diaktifkan termasuk kawasan berisiko banjir telah dikenal pasti dan pengkalan hadapan untuk bekalan logistik telah bersedia pada bila-bila masa,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, pusat pemindahan telah disenaraikan bagi membantu menyelesaikan masalah penduduk yang menjadi mangsa banjir untuk berpindah.

Program gotong royong bersama  penduduk Kampung Tasik Mengkuang,Ging Dasar dan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan bagi mengelakkan air bertakung.


Beliau turut mengucapkan tahniah diatas sikap penduduk Kampung Tasik Mengkuang,Ging Dasar dan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan yang mengadakan gotong royong mencuci parit bagi memudahkan aliran air bertakung.

"Kita tak ada kuasa nak elakkan banjir tapi kita buat apa yang patut supaya aliran air lancar dan saya ucapkan terima kasih pada MPKK yang terlibat dalam gotong royong ini telah dijayakan dengan semangat silaturrahim,”ujarnya.





SHARE

Author: verified_user

0 komen: